PEMBORONG TUDUNG PART I
Berminat nak berniaga tudung...tapi tak pasti nak dapatkan bekalan tudung?
Memang betul, itulah dilemanya...
Saya pun macam tu juga pada mulanya...
Tapi ...selepas beberapa membeli dengan pemborong, banyak pengalaman dikutip.
Ke 1..Pemborong pun menjual pada harga yang mahal
Ke 2...Setiap pemborong jual harga yang berbeza walaupun tudung sama.
Ke 3...Semakin hari semakin banyak yang kita tak tahu pasal borong tudung ni
Ke 4...Ramai pemborong tudung dari kalangan bukan warganegara Malaysia
Ke-5... Penat berjalan nak survey kedai borong mana yg tawar harga yang lebih baik.
Saya asalnya takde pengalaman/ kemahiran dlm membeli tudung. Nak cari kat mana pun tak tau. Kalau beli pd harga mahal macam mana nak untung. Beli bahan mahal, jual kena mahal juga...tapi kalau mahal customer xnak beli.
Susah juga kalau macam ni.
Saya mulakan langkah kanan untuk mencari ilmu berniaga. Saya mula belajar dgn Google. Dari satu laman web ke laman web saya tempuhi. Dalam perjalanan itu banyak juga ilmu yang saya kutip. Tapi tak pasti sejauh mana ilmu yang diperolehi sehingga saya turun padang, berjalan dari satu kedai ke kedai lain...mencari tudung untuk diborong.
Pengalaman anda macam mana? Cer cite...


Gambar Hiasan Source: Google
No comments:
Post a Comment